Sale!

7 Skill Komunikasi Gaya Rasul

RM50.00 RM15.00

Sold By: Surya Sufie

Description

Bagaimana sebenarnya komunikasi gaya Rasul?

“Serulah ke jalan Tuhanmu dengan hikmah (bijaksana) dan pelajaran yang baik dan berbahaslah (berkomunikasi) dengan mereka dengan (skill) cara yang terbaik…” An-Nahl: 125

Percayalah bahawa, sehebat mana komunikasi kita itu dilihat sebesar mana keimanan kita dan akhlak kita kepada manusia. Bagaimana cara berhubung yang membuatkan kita semakin erat dengan keluarga, bertambah baik dari sudut komunikasi dengan majikan, pelanggan, apatah lagi dengan orang sekitar kita.

Bagaimana kita ingin menyakinkan manusia dengan seni kemahiran komunikasi yang kita miliki sedia ada, oleh kerana itu hadirlah e-book ini untuk menekan komunikasi bijaksana ‘hikmah’ dengan bimbingan dan kaedah kekasih Ilahi, iaitu Rasulullah s.a.w.

Michael Hart penulis buku terkenal,

“100 Most Influence People In The World” telah meletakkan Rasulullah s.a.w sebagai ranking pertama dalam 100 orang berpengaruh di muka bumi.

Daripada kajian beliau dan pelbagai lagi, dapat kita simpulkan bahawa Rasulullah s.a.w mempunyai teknik-teknik atau skill yang tertentu untuk mempengaruhi umat manusia dengan langkah-langkah yang baik dan amat dasyhat.

Karya ebook ini adalah bertujuan untuk saya menerangkan seni kemahiran komunikasi yang dipraktikkan oleh Rasulullah s.a.w berdasarkan kajian Doktor Muhammad ‘Abd Al-Rahman Al-Arifi berasal dari Saudi Arabia selama 20 tahun yang sudah dibukukan, dan ini adalah sedikit usaha kecil oleh penulis Surya Sufie untuk menerangkan dari sudut formula dan impak dalam berkomunikasi.

Di dalam ebook ini mengandungi cerita dan pengalaman penulis bagaimana cara berkomunikasi yang berkesan, sekaligus formula dan impak terhadap komunikasi tersebut.

Isi kandungan ia singkat, padat dan secara santai, meskipun begitu ada maksud tersurat.

Dalam eBook 80 Muka Surat ini, anda akan dihidangkan 7 tajuk berikut:

1. Don’t Ask People To Love You

2. Train Your Habits

3. See with Both Eyes

4. Soft Talk

5. The Magician

6. Solve Mistake

7. Who Are They

Semoga mudahan-mudahan kita menyedari bahawa komunikasi yang terbaik, bukan hanya mampu menarik perhatian manusia. Tapi adalah sejauh mana lisan kita, mampu untuk membuatkan Allah sayang. Itu jawapan bagi setiap persoalan dalam komunikasi.

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “7 Skill Komunikasi Gaya Rasul”

%d bloggers like this: